Monday, 20 June 2011

Pasar Malam Kena Cara Kalah Gaji Cikgu Universiti

TAK berpendidikan tinggi tak bermakna kita tak mampu mencari duit setanding @ melebihi pendapatan guru-guru berpendidikan lepasan universiti tempatan. Anda nak tahu caranya bagaimana? Aku rasa anda semua pun dah tau serba sedikit apa yang aku maksudkan itu.  Semuanya bergantung kepada anda semua jika ada usaha dan kreativiti yang tinggi maka impian anda akan tercapai.

Pendapatan rm2,000 hingga rm5,000 sebulan tu aku tak pasti samada ianya besar atau kecil buat anda tetapi bagi aku itu sudah memadai untuk meneruskan survival kehidupan harian aku. Yang jelas aku ada pendapatan tetap hari-hari, bukan bulanan seperti kakitangan kerajaan atau awam tu.

Pastinya anda semua tertanya tanya apa yang aku buat dan jual di pasar malam tu. Kalau korang nak tau jugak senang saja turun padang ke pasar pasar malam berdekatan anda untuk menikmati kemeriahan manusia kreatif dan cekal mencari rezeki masing masing. Anda lihatlah sendiri apa bisnes yang anda suka atau bisnes baru yang mungkin anda terokai nanti. Namun anda jangan bimbang setiap apa yg anda ingin jual pasti beroleh keuntungan kerana di situlah lubuk rezeki untuk menjana pendapatan hari-hari. Kerja anda hanyalah bersabar dan menunggu masa untuk menarik perhatian bakal pelanggan anda dan untuk menarik pelanggan anda perlukan banyak kreativiti.

Aku tahu anda semua punya idea idea yang bernas tapi malu untuk merealisasikan idea idea itu. Memang aku faham dengan sikap orang kita yang suka bertangguh dalam berbuat sesuatu pekerjaan, kalau boleh kita semua nak makan pun mahukan orang lain tolong suapkan ke mulut kita. Tak gitu?

Duit Simple Hari hari masuk....Tak Banyak Sikit pun Jadi

DUIT semua orang mahhukan tak kira sikit atau banyak. Tapi semua orang impikan duit yg banyak masuk ke akaun masing-masing seperti air yang mengalir. Bagi saya sedikit pun jadilah janji ianya masuk hari-hari dan stabil, sedikit sedikit lama lama jadi bukit. Fenomena mancari duit semua orang ada formula dia dan terpulang pada diri masing masing untuk mencapai impian duit masuk hari-hari, tak kira la secara lama ataupun secara dunia maya.

Aku tetap dengan cara aku dalam bab-bab memcari duit ni, maknanya aku menggunakan tulang empat kerat aku ni membanting tenaga mencari rezeki tak kira panas ke hujan. Prinsip aku mudah saja, apa-apa cara yg menjanjikan pulangan @ duit masuk aku redah saja janji ianya halal dan berkat. Aku dah tak kira duit yang masuk tu sikit atau banyak yang aku tau aku kena kerja untuk dapatkan duit nak suapkan beberapa mulut kecil yang masih berada di bawah tanggungan aku. Bekerja dan terus bekerja keras menjadi sandaran aku tapi masa untuk anak anak aku tak abaikan walaupun aku terlalu ghairah memburu duit yang diidamkan oleh semua jenis manusia di dunia ini.

Formula pencarian duit aku memang simple, apa-apa saja yang dikatakan memberikan hasil aku gunakan kesempatan itu meneruskan kehidupan aku seharian. Katakan pada satu musim tu ada mendapat bekalan mentimun atau serai dengan harga yang rendah dari harga pasaran terus aku rembat saja mentimun/ serai itu dan aku jual sekali ganda dari harga yang aku perolehi itu.  Untungnya taklah berapa besar manapun tapi kocek aku sentiasa berisi dari hari ke hari.