TAK berpendidikan tinggi tak bermakna kita tak mampu mencari duit setanding @ melebihi pendapatan guru-guru berpendidikan lepasan universiti tempatan. Anda nak tahu caranya bagaimana? Aku rasa anda semua pun dah tau serba sedikit apa yang aku maksudkan itu. Semuanya bergantung kepada anda semua jika ada usaha dan kreativiti yang tinggi maka impian anda akan tercapai.
Pendapatan rm2,000 hingga rm5,000 sebulan tu aku tak pasti samada ianya besar atau kecil buat anda tetapi bagi aku itu sudah memadai untuk meneruskan survival kehidupan harian aku. Yang jelas aku ada pendapatan tetap hari-hari, bukan bulanan seperti kakitangan kerajaan atau awam tu.
Pastinya anda semua tertanya tanya apa yang aku buat dan jual di pasar malam tu. Kalau korang nak tau jugak senang saja turun padang ke pasar pasar malam berdekatan anda untuk menikmati kemeriahan manusia kreatif dan cekal mencari rezeki masing masing. Anda lihatlah sendiri apa bisnes yang anda suka atau bisnes baru yang mungkin anda terokai nanti. Namun anda jangan bimbang setiap apa yg anda ingin jual pasti beroleh keuntungan kerana di situlah lubuk rezeki untuk menjana pendapatan hari-hari. Kerja anda hanyalah bersabar dan menunggu masa untuk menarik perhatian bakal pelanggan anda dan untuk menarik pelanggan anda perlukan banyak kreativiti.
Aku tahu anda semua punya idea idea yang bernas tapi malu untuk merealisasikan idea idea itu. Memang aku faham dengan sikap orang kita yang suka bertangguh dalam berbuat sesuatu pekerjaan, kalau boleh kita semua nak makan pun mahukan orang lain tolong suapkan ke mulut kita. Tak gitu?
No comments:
Post a Comment